Tuesday 9 May 2017

CARA MOHON VISA KE CHINA

Assalamualaikum & selamat pagi..

Hari ni meh nak share tentang cara nak buat visa ke China. ingat taw if nak g China wajib la mohon visa ni sekurang-kurangnya 4 hari sebelum pergi.lagi awal lagi bagus sebab visa ke China diproses dlm masa 4 hari. Tapi bagi sesiapa yang dah terlambat nak mohon tu  takpe sebab ada yg express punya boleh siap cepat tapi paling cepat pun kena tunggu dua hari taw. Boleh tengok jadual bayaran bawah ni.


Jadual atas ni adalah kos bayaran visa ke China yg terbaru. Saya baru buat April 2017 masih digunakan lagi kos atas ni. Masa mula-mula tgk jadual ni saya tak faham ape tu double entry, suami saya terangkan double entry tu if nak masuk China dua kali dlm masa 6 bulan.Kot la korang ni ada kerja kat sana  x perlu lah menyusahkan diri nak kena buat visa China byk kali, buat je terus tuk double entry boleh masuk china 2x dalam masa 6 bulan tu. Tapi ada juga yg melancong kena apply double entry, contohnya korang pergi China pastu saja nak pergi ke Hong Kong pastu korang kena patah balik masuk China sbb flight dr Guanzhou, ha yang tu pun kena apply double entry taw. Boleh pergi Hong Kong terus dr Guanzhou ni naik metro train dorang. Next entry kite cerita tentang belajar baca map metro train Guanzhou k.

Kos bayaran buat visa ke China untuk seorang (single entry) hanyalah RM88.30. Kalau baby umur 3 bulan pun dikira RM88.30 -.- tiada istilah bayaran berbeza tuk baby dengan orang dewasa ye.uhuhu.

Cara mohon Visa ke China:

1. Download dulu BORANG PERMOHONAN VISA KE CHINA dan isi dulu form tu cantik2. Print je depan belakang jimat kertas sebab borang kat office tu pun depan belakang juga.

2. Boleh isi pakai tangan tapi kalau nak rajin isi guna komputer pastu print pun boleh saja. Jangan lupa gam siap2 gambar passport. Gambar passport nak 2 keping background kena putih ye. Pergi je kedai gambar cakap nak gambar passport ke China sbb kedai gambar da hafal size tuk gambar passport ni. Nah ni sample cara isi borang permohonan visa ke China yg sempat saya snap masa tunggu giliran kat sana.



3. Dah siap isi borang boleh hantar kan ke alamat ni. Kalau tiada printer kat rumah boleh je walk in alamat bawah ni mintak borang dan isi kat sana je. Tapi kalau nak jimat masa, isi siap2 nanti smp je alamat bawah ni beratur tuk amik nombor. Dorang akan cek borang yang da siap isi baru bagi nombor. Saya guna google map search hamsphire place office. Boleh parking dalam building ni tapi pergi la awal sebab parking ni kongsi dengan orang yang kerja kat bangunan ini juga.

Chinese Visa Application Service Center Kuala Lumpur, 
Level 5 (Application)
Hamsphire Place Office, 
Jalan Mayang Sari, 
50450 Kuala Lumpur. 
Business Hours : Mon-Fri. Submission : (9am -3pm) 
Collection : (9am-4pm). 


4. Dokumen yang diperlukan untuk mohon visa ke China ni:
  • Passport original
  • Salinan passport sehelai
  • gambar background putih 2 keping
  • salinan hotel (kalau xde pun tape tapi kena taw alamat hotel tu)
  • salinan flight
  • borang mohon visa ke China
5. Dah selesai serahkan dokumen nanti dorang akan bg date tuk amik bila.ingat taw bukan kat tingkat 5 tuk ambik visa yang dah siap kat tingkat 6 taw. Sebab masa beratur nak amik nombor tuk hantar dokumen ni ada orang tu pun beratur, dah agak lama tu baru die sedar salah tempat.dah membuang masa yang berharga tu. hehe



Alamat tuk memungut visa ke China yang dah siap:

Chinese Visa Application Service Center Kuala Lumpur, 
Level 6 
Hamsphire Place Office, 
Jalan Mayang Sari, 
50450 Kuala Lumpur. 
Business Hours : Mon-Fri. Submission : (9am -3pm) 
Collection : (9am-4pm). 

Ok tu sahaja yang nak dikongsi. Semoga bermanfaat untuk semua. Boleh buat sendiri tapi kalau tiada masa boleh je upah orang on behalf tuk buatkan. Kat tingkat 6 tu ade je khas tuk permohonan agen pelancongan. tapi masa tunggu nombor aritu memang tengok ramai je agen, masyuukk taw dorg beg dorg penuhh dgn passport orang lain. Rezeki masing-masing kan?

Kalau ada pape nak tanya feel free to drop comment ka bawh or email pun boleh misalzarith@gmail.com 

1 comment:

Tutorial cara guna EASYPARCEL

Assalamualaikum & selamat pagi uols. Pagi-pagi selalu rutin harian sis update fb page Anak Bergaya dengan Baju Branded or instagram o...