Friday 12 May 2017

Tutorial cara guna EASYPARCEL

Assalamualaikum & selamat pagi uols.

Pagi-pagi selalu rutin harian sis update fb page Anak Bergaya dengan Baju Branded or instagram ohlittlemunchkin, tak pun sis prepare barang nak dipos hari ini.

Hari ni sabtu pos laju tak datang pick up ya,so kita prepare order yang dah paid untuk dipos hari isnin 😊.

Tutorial today tentang easyparcel. Apa tu easyparcel?korang boleh pilih nak courier apa dengan easyparcel ni. Paling penting tak perlu keluar ke pejabat pos sebab nanti abam posmen datang tuk pick up barang 😊 . Tutorial picture kat bawah ni semua screenshot guna handphone.


Easyparcel kena ada printer taw. Korang boleh compare price tu yang best but the best service is poslaju yang lain selalu tak datang pick up huhu. Dan kena book before 11:50am if nak dorang pick up the same day.



Kalau first time sila sign up account dlu,for first sign up terus dalam akaun easyparcel bagi free RM25. Best kan?


Dah ada account boleh la log in masuk ya.sila2 😊


Kalau nak dapat flat rate harga 1kg RM6 kena topup dulu dalam account min RM100. Click new parcel tuk isi details.


Masukkan poskod pengirim & penerima dan berat barang. Kena ada penimbang la seller semua senang taw postage barang kan. Bila dah masukkan semua nanti klik button quote & book.


Taraaa dia bagi pilihan DHl adaa


Poslaju,snt ada


Airpak,nationwide pun ada


Tak lupa juga skynet.kalau semenanjung mostly semua rate sama RM6 tapi if poskod sabah sarawak berbeza ikut kawasan ya. Lagi best tgk beza gila harga2 dorang😱. Dah decide nak yang mana korang click button book now.


Kena isi details barang,parcel content & value please jangan tipu sebab kalau barang hilang senang nak trace.Poslaju dah hilangkan barang 2x memang perlu la harga semua nnti kita claim ikut harga yang kita declare dalam sistem.


Dah submit semua alamat pengirim,alamat penerima,nanti akan keluar cam atas ni boleh la check out tuk payment. Tu gunanya account sebab payment nnt die tolak dari dalam account kita. Kena print consignment note & masukkan dalam parcel. Tunggu la abam posmen sampai πŸ˜€


Pembantu setia ummi ,myra nur mariyya bt minhat ❤

Follow instagram sis meh:
πŸ‘‰@ohlittlemunchkin 
πŸ‘‰@littlepeoplewithbigideas

Fb page:
πŸ‘‰Anak Bergaya dengan Baju Branded
πŸ‘‰Littlepeoplewithbigideas

Thursday 11 May 2017

Cara masak pulut


Assalamualaikum & selamat pagi 😊

Jangan la ketawakan,dah umur 29 tahun baru taw masak pulut. Adik-adik sila belajar masak awal2 taw. 

Cara tanak pulut tanpa kukus:
2 cawan air (tak payah penuh)
Sedikit garam
2 cawan pulut 

Rebus dulu 2 cawan air dengan garam sampai didih,lepas tu masukkan pulut yang dah dibasuh. Lepas tu kacau then biarkan sampai air dah nak kering baru slow kan dapur gas. Dah kering bg minyak masak sikit. Nak elok boleh pakai minyak zaitun.

Nak lemak2 boleh tukar air dengan secawan santan ya. Saya makan pagi2 cicah dengan sambal tumis ikan bilis. Kalau org selangor biasa kot makan pulut pagi2. Husband sy org johor rasa mcm pelik makan pulut pagi2 πŸ˜€



Tak kering sangat tak lembik sangat


Saya tak suka kukus or masuk dalam noxxa sebab tak feel kampung gitu,so sy letak lg lapik bawah periuk tu & sehabes slow dapur biar pulut tak hangit.

Nak buat pulut kuning rendam la dlu pulut dengan air kunyit ya😊.

Jum breakfast πŸ’¨πŸ’¨πŸ’¨

Hotel best di Zhonshanba,Guanzhou

Assalamualaikum & selamat petang...

Entry kali ni byk picture & tak banyak cite sgt sbb sis update gune fon.jenuhhh uols type gune fon tapi sebab sis nga free now & mls nk masuk soho(small office home office) tu sebab mariya tak tido lg now (4:05pm)

Before sis pergi china selalu sis google duk cari hotel best mane nak stay kt guanzhou nnt.tapi tak banyak pun orang share.sedih..

Hotel ni kt zhong shan ba tempat borong baju kanak-kanak. Kalau ada sesiapa nak borong baju branded kanak-kanak meh la beli ngan sis. Boleh view kat instagram sis @ohlittlemunchkin or fb page Anak Bergaya dengan Baju Branded 😊.


Ni harga satu malam hotel ni.paham x?hehe. 1 malam 218 yuan untuk bilik satu katil king ya. Sis siap tawar2 hahahah yg tu husband ckp over pulak la hotel pun mintak tawar πŸ˜† tapi masa saya snap picture ni harga dari 218 yuan dah jadi 298 yuan sebab ada canton fair (30hb april sampai 2nd may) sila elakkan datang China time ni. baruu taww ktorang bayar je la.


Meja receptionist dorang memang kecik je & dorang tak tahu speaking huhu. Dia tunjuk harga kat kalkulator patu tunjuk isyarat 1 patu angguk2.haha.ktorg takde bayar deposit or book pape pun sampai terus cari hotel and check in.nak jimat uols,banyak duit nak pakai tuk memborong hehehe.


Taraaa tu la tempat borong baju kanak- kanak yg famous tu.kids city guanzhou.sepanjang jalan ni memang nmpk banyak sangat taw kedai baju kanak-kanak tapi macam design org cina sgt la,taste2 mak2 malaysia mostly dlm building ni.tak jauh pun jarak hotel ngn kids city ni.senang nak menyusukan anak,anak meragam berak ke pampers penuh ke kitorang laki bini masuk terus hotel.takde tempat tukar pampers la kat kids city πŸ˜…


Location hotel ni melintas jalan je bank of community. Ni kat lobby hotel, takde lobby senanye. Tapi boleh la hotel ni.


Sampai je hotel ni kakak & adik gelak sungguh dapat katil πŸ˜‚ sian anak2 ummi penat ea dalam flight? Tq sayang2 ummi temankan ummi 😘.


Korang jgn kotorkan cadar or tuala dorang nanti dorang charge taw huhu.al kisahnya si mariya mkn biskut chipsmore atas katil, biasalah budak2 makan confirm lah comot conforter tu,dorang kata tak boleh hilang.huhu korang kena paham org cina tak boleh banyak anak so dorang tak biasa kotoran biasa camtu.grrr nak je aku sental kotoran tu depan dorangπŸ˜… tapi malas nak cari gaduh. Denda 30 yuan.


Pastikan bawak bekalan makanan yang sangat banyak ye. Pagi2 kedai halal tak bukak macam kat malaysia ada jual nasik lemak ke,lontong ke. Ada pizza je,mahai taw bawak la roti banyak2 tuk alas perut smp lunch 😁


Bilik air dorang ade paip tu terkejut sebab toilet kat china semua mana ada paip huwaa


Ni alamat hotel.nak add kat wechat pun boleh.


Kalau dari airport Baiyun,korang boleh naik taxi meter & tunjuk je name card ni sebab mostly driver kat china tak tahu speaking & tahu baca tulisan cina ja. Name card dorang memang semua tulisan cina. Pastikan pilih taxi meter taw kalau tak nanti kene paw pulak 😁. Sis naik train dari airport ngan anak2 πŸ’ͺ saje nak bagi dorang rasa naik train. kat Malaysia tak pernah naik train pun huhu.

Kalau nak naik train dari airport,korang terus ke station zhong shan patu exit A boleh exit B pun boleh.exit A lg senang sebab tak perlu lintas2 jalan,keluar je dari exit A jalan terus sampai kedai beger bruce lee & mcd jual eskem. Nanti nampak la hotel Jinfeng sebelah kanan anda. Hotel no tiada hotel taw.itu je kekurangan πŸ˜‚

This is our second time borong kat guanzhou so macam da mahir sikit. Mase first time dulu ktorang pilih hotel dari trivago.mahaii & tak best tapi hotel tu ada lift. Tapi masa nak makan kat kedai arab ada lalu hotel kami menginap dulu, dahh cantikk uolss lobby dia.hopefully katil die pun dah empuk cantik la πŸ˜€ eh kat atas mula2 cakap tak banyak cita sekali berjelar pulak cita ummi ni haha.

Semoga berguna untuk semua ❤


Tuesday 9 May 2017

CARA MOHON VISA KE CHINA

Assalamualaikum & selamat pagi..

Hari ni meh nak share tentang cara nak buat visa ke China. ingat taw if nak g China wajib la mohon visa ni sekurang-kurangnya 4 hari sebelum pergi.lagi awal lagi bagus sebab visa ke China diproses dlm masa 4 hari. Tapi bagi sesiapa yang dah terlambat nak mohon tu  takpe sebab ada yg express punya boleh siap cepat tapi paling cepat pun kena tunggu dua hari taw. Boleh tengok jadual bayaran bawah ni.


Jadual atas ni adalah kos bayaran visa ke China yg terbaru. Saya baru buat April 2017 masih digunakan lagi kos atas ni. Masa mula-mula tgk jadual ni saya tak faham ape tu double entry, suami saya terangkan double entry tu if nak masuk China dua kali dlm masa 6 bulan.Kot la korang ni ada kerja kat sana  x perlu lah menyusahkan diri nak kena buat visa China byk kali, buat je terus tuk double entry boleh masuk china 2x dalam masa 6 bulan tu. Tapi ada juga yg melancong kena apply double entry, contohnya korang pergi China pastu saja nak pergi ke Hong Kong pastu korang kena patah balik masuk China sbb flight dr Guanzhou, ha yang tu pun kena apply double entry taw. Boleh pergi Hong Kong terus dr Guanzhou ni naik metro train dorang. Next entry kite cerita tentang belajar baca map metro train Guanzhou k.

Kos bayaran buat visa ke China untuk seorang (single entry) hanyalah RM88.30. Kalau baby umur 3 bulan pun dikira RM88.30 -.- tiada istilah bayaran berbeza tuk baby dengan orang dewasa ye.uhuhu.

Cara mohon Visa ke China:

1. Download dulu BORANG PERMOHONAN VISA KE CHINA dan isi dulu form tu cantik2. Print je depan belakang jimat kertas sebab borang kat office tu pun depan belakang juga.

2. Boleh isi pakai tangan tapi kalau nak rajin isi guna komputer pastu print pun boleh saja. Jangan lupa gam siap2 gambar passport. Gambar passport nak 2 keping background kena putih ye. Pergi je kedai gambar cakap nak gambar passport ke China sbb kedai gambar da hafal size tuk gambar passport ni. Nah ni sample cara isi borang permohonan visa ke China yg sempat saya snap masa tunggu giliran kat sana.



3. Dah siap isi borang boleh hantar kan ke alamat ni. Kalau tiada printer kat rumah boleh je walk in alamat bawah ni mintak borang dan isi kat sana je. Tapi kalau nak jimat masa, isi siap2 nanti smp je alamat bawah ni beratur tuk amik nombor. Dorang akan cek borang yang da siap isi baru bagi nombor. Saya guna google map search hamsphire place office. Boleh parking dalam building ni tapi pergi la awal sebab parking ni kongsi dengan orang yang kerja kat bangunan ini juga.

Chinese Visa Application Service Center Kuala Lumpur, 
Level 5 (Application)
Hamsphire Place Office, 
Jalan Mayang Sari, 
50450 Kuala Lumpur. 
Business Hours : Mon-Fri. Submission : (9am -3pm) 
Collection : (9am-4pm). 


4. Dokumen yang diperlukan untuk mohon visa ke China ni:
  • Passport original
  • Salinan passport sehelai
  • gambar background putih 2 keping
  • salinan hotel (kalau xde pun tape tapi kena taw alamat hotel tu)
  • salinan flight
  • borang mohon visa ke China
5. Dah selesai serahkan dokumen nanti dorang akan bg date tuk amik bila.ingat taw bukan kat tingkat 5 tuk ambik visa yang dah siap kat tingkat 6 taw. Sebab masa beratur nak amik nombor tuk hantar dokumen ni ada orang tu pun beratur, dah agak lama tu baru die sedar salah tempat.dah membuang masa yang berharga tu. hehe



Alamat tuk memungut visa ke China yang dah siap:

Chinese Visa Application Service Center Kuala Lumpur, 
Level 6 
Hamsphire Place Office, 
Jalan Mayang Sari, 
50450 Kuala Lumpur. 
Business Hours : Mon-Fri. Submission : (9am -3pm) 
Collection : (9am-4pm). 

Ok tu sahaja yang nak dikongsi. Semoga bermanfaat untuk semua. Boleh buat sendiri tapi kalau tiada masa boleh je upah orang on behalf tuk buatkan. Kat tingkat 6 tu ade je khas tuk permohonan agen pelancongan. tapi masa tunggu nombor aritu memang tengok ramai je agen, masyuukk taw dorg beg dorg penuhh dgn passport orang lain. Rezeki masing-masing kan?

Kalau ada pape nak tanya feel free to drop comment ka bawh or email pun boleh misalzarith@gmail.com 

Monday 8 May 2017

first post

assalamualaikum..

semoga segala perkongsian di blog ini memberi manfaat kepada semua pembaca. sebab selalu perasan nak share byk ilmu tp last2 terbiar camtu je.dalam hari-hari kita mesti ada yg kita pelajari, so benda tu la sebenarnye kena share tuk saham di akhirat nnt hehe.

antara yg nak bakal dikongsi:
-cara daftar sijil kementerian kewangan malaysia
-cara masuk tender kerajaan
-cara borong baju di guanzhou
-makanan halal di guanzhou
-cara naik train di guanzhou


ok, semoga semua nya berjaya dipaparkan di blog ini hehe

Tutorial cara guna EASYPARCEL

Assalamualaikum & selamat pagi uols. Pagi-pagi selalu rutin harian sis update fb page Anak Bergaya dengan Baju Branded or instagram o...