Thursday 11 May 2017

Cara masak pulut


Assalamualaikum & selamat pagi 😊

Jangan la ketawakan,dah umur 29 tahun baru taw masak pulut. Adik-adik sila belajar masak awal2 taw. 

Cara tanak pulut tanpa kukus:
2 cawan air (tak payah penuh)
Sedikit garam
2 cawan pulut 

Rebus dulu 2 cawan air dengan garam sampai didih,lepas tu masukkan pulut yang dah dibasuh. Lepas tu kacau then biarkan sampai air dah nak kering baru slow kan dapur gas. Dah kering bg minyak masak sikit. Nak elok boleh pakai minyak zaitun.

Nak lemak2 boleh tukar air dengan secawan santan ya. Saya makan pagi2 cicah dengan sambal tumis ikan bilis. Kalau org selangor biasa kot makan pulut pagi2. Husband sy org johor rasa mcm pelik makan pulut pagi2 😀



Tak kering sangat tak lembik sangat


Saya tak suka kukus or masuk dalam noxxa sebab tak feel kampung gitu,so sy letak lg lapik bawah periuk tu & sehabes slow dapur biar pulut tak hangit.

Nak buat pulut kuning rendam la dlu pulut dengan air kunyit ya😊.

Jum breakfast 💨💨💨

No comments:

Post a Comment

Tutorial cara guna EASYPARCEL

Assalamualaikum & selamat pagi uols. Pagi-pagi selalu rutin harian sis update fb page Anak Bergaya dengan Baju Branded or instagram o...